JURNAL 1 | JURNAL 2 | JURNAL 3 | |
Tajuk | Are the Functions of Teachers in e-Learning and Face-to-Face Learning Environments Really Different? Oleh: Laura Alonso Díaz & Florentino Blázquez Entonado, University of Extremadura, 2009 | Online and Offline Writing Course: A Quantitative Study Oleh: Nuraihan Mat Daud & Ainol Marziah Zubairi, Islamic University Malaysia, 2005 | Which do students prefer to evaluate their essays: Peers or computer program Oleh: Yi-hsiu Lai & Yi-Jingxiu Lai, University of Kaohsiung, 2009 |
Pernyataan Masalah | Adakah peranan dan fungsi guru dalam pembelajaran secara atas talian (online) dan secara bersemuka (face-to-face) berbeza dari segi pendekatan dan pelaksanaannya. | 1. Adakah terdapat perbezaan ketara prestasi pelajar yang mengikuti secara konvensional dan secara atas talian dalam kursus penulisan akademik Bahasa Inggeris. 2. Adakah kursus secara konvensional atau secara atas talian paling sesuai untuk dilaksanakan dalam kursus penulisan akademik Bahasa Inggeris. | Adakah penilaian penulisan esei Bahasa Inggeris lebih berkesan dilaksanakan secara rakan sebaya atau menggunakan perisian automasi. |
Tujuan Kajian | Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti jika wujudnya kekuatan atau kelemahan di dalam kedua-dua kaedah pembelajaran bagi tujuan meningkatkan peranan dan fungsi guru dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. | Kajian ini dijalankan untuk mengetahui sama ada: 1. Terdapat perbezaan ketara prestasi pelajar yang mengikuti secara konvensional dan secara atas talian dalam kursus penulisan akademik Bahasa Inggeris. 2. Pembolehubah yang mempengaruhi kemampuan pelajar dalam kursus penulisan akademik Bahasa Inggeris secara atas talian. 3. Adakah sikap mempengaruhi kemampuan pelajar dalam kursus penulisan akademik Bahasa Inggeris secara atas talian. | Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tentang: 1. potensi dan masalah pelaksanaan penilaian penulisan esei Bahasa Inggeris secara rakan sebaya; dan 2. potensi dan masalah pelaksanaan penilaian penulisan esei Bahasa Inggeris menggunakan perisian automasi. |
Metodologi Dan Instrumen | Pendekatan kajian iaitu: 1. Borang soal selidik; 2. Temubual; dan 3. Perbincangan berkumpulan. | Pendekatan kajian iaitu: 1. Borang soal selidik; 2. Analisa pencapaian peperiksaan; dan 3. Penilaian hasil kerja. | Pendekatan kajian iaitu: 1. Borang soal selidik; dan 2. Temubual |
Responden / Sampel Kajian | Kajian melibatkan 250 orang pelajar (129 orang secara atas talian, 121 orang secara bersemuka), 2 orang pakar dalam bidang pendidikan atas talian dan jarak jauh dan 3 orang guru. | Kajian melibatkan 465 orang pelajar semester 1 yang mengambil kursus penulisan akademik Bahasa Inggeris. | Kajian melibatkan 22 orang pelajar (10 lelaki dan 12 perempuan) di sebuah kolej di Taiwan yang mengambil Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. |
Prosedur Pengumpulan Data | 1. Membina latar belakang pengetahuan; 2. Pelajar menjawab soalan soal selidik; 3. Perbincangan antara pelajar secara berkumpulan (melibatkan 2 mod berbeza); 4. Perbincangan antara pelajar dan guru secara berkumpulan (melibatkan 2 mod berbeza); 5. Temubual guru dengan pelajar; 6. Temubual guru dengan pakar. | 1. Mengenalpasti masalah; 2. Analisa pencapaian peperiksaan akhir semester; 3. Penilaian hasil kerja pelajar; 4. Pelajar menjawab soalan soal selidik; 5. Analisa data soal selidik; dan 6. Penetapan kaedah pelaksanaan kursus. | 1. Mengenalpasti masalah; 2. Membina latar belakang pengetahuan; 3. Penerangan tentang aktiviti kelas; 4. Pelajar menulis esei; 5. Penilaian esei melalui rakan sebaya atau menggunakan perisian automasi secara atas talian; 6. Pelajar membuat semakan esei berdasarkan maklum balas; 7. Pelajar menjawab soalan soal selidik; 8. Analisa data soal selidik; 9. Temubual pelajar. |
Dapatan Utama | Dapatan hasil kajian dipaparkan dalam bentuk jadual. Hasil kajian mendapati tiada perbezaan ketara peranan dan fungsi guru dalam mengendalikan kelas secara atas talian atau secara bersemuka. | Dapatan hasil kajian dipaparkan dalam bentuk jadual. Hasil kajian mendapati: 1. Pelajar yang mengikuti kursus secara konvensional menunjukkan prestasi yang baik di dalam peperikasaan akhir semester; dan 2. Tiada perbezaan yang ketara antara kedua-dua kumpulan pelajar apabila kertas projek di nilai. | Dapatan hasil kajian dipaparkan dalam bentuk jadual. Hasil kajian mendapati penilaian penulisan esei secara rakan sebaya lebih banyak memberi kesan positif. |
Implikasi Utama | Pelajar masih dapat mengikuti kelas pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan dengan peranan dan fungsi guru tetap sama walaupun ianya dilaksanakan secara atas talian atau secara bersemuka. | Pusat (Universiti) memutuskan untuk melaksanakan kedua-dua kaedah iaitu secara konvensional dan juga secara atas talian untuk kursus penulisan akademik Bahasa Inggeris. | Sebilangan besar pelajar memilih untuk menggunakan kaedah penilaian penulisan esei melalui rakan sebaya berbanding secara perisian automasi. |
Jurnal: Kajian Kuantitatif & Kualitatif
Penulis: mSAHalim pada 8/04/2010 04:47:00 PMAugust 04, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment