Jurnal: Kajian Kuantitatif

September 30, 2010


JURNAL 1
JURNAL 2
JURNAL 3
Tajuk
A Study on the Use of ICT in Mathematics Teaching

Oleh: Chong Chee Keong, Sharaf Horani & Jacob Danie, Multimedia University, 2005

Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa: Penguasaan Guru dan Kekangan Dalam Pelaksanaan

Oleh: Yahya Othman, Roselan Baki, Universiti Putra Malaysia,

Kemahiran ICT Di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan

Oleh: Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharudin Aris, Jamalludin Harun, Universiti Teknologi Malaysia
Pernyataan Masalah
1.         Adakah guru menggunakan peralatan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik?
2.         Adakah guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengintegrasikan ICT dalam proses pengajaran matematik?
1.       Adakah guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup untuk mengajar berbantukan komputer?
2.       Adakah terdapat kekangan dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer?
Apakah tahap penguasaan kemahiran ICT di kalangan guru-guru pelatih?
Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui halangan yang menyebabkan guru tidak mengintegrasikan penggunaan ICT dalam pengajaran mata pelajaran matematik.
Kajian ini dijalankan untuk meneliti tahap penguasaan guru dan kekangan dalam melaksanakan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan komputer.
Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap kemahiran ICT di kalangan guru-guru pelatih.
Metodologi Dan Instrumen
Kajian menggunakan borang soal selidik yang mengandungi:
1.         Profil guru;
2.         Cara guru menggunakan ICT;
3.         Kegiatan pengembangan profesional;
4.         Pengalaman ICT guru;
5.         Peringkat penggunaan ICT;
6.         Halangan yang dihadapi guru; dan
7.         Cara penyelesaian.
§   Kajian tinjauan iaitu secara deskriptif.
§   Sampel kajian diambil secara rawak melibatkan 87 orang guru.
§   Pengumpulan data menggunakan kaedah soal-selidik.
§   Hasil analisis data dinyatakan dalam bentuk peratusan dan min.
§   Kajian tinjauan iaitu secara deskriptif.
§   Sampel kajian diambil secara rawak melibatkan 379 orang guru pelatih.
§   Pengumpulan data menggunakan kaedah soal-selidik.
§   Hasil analisis data dinyatakan dalam bentuk min.
Responden / Sampel Kajian
Kajian melibatkan 111 orang guru mata pelajaran matematik yang sedang mengikuti kursus dalam perkhidmatan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri.

Kajian melibatkan 87 orang guru Bahasa Melayu di beberapa buah sekolah sekitar Ulu Selangor.
Kajian melibatkan 379 orang guru pelatih Fakulti Pendidikan, UTM.
Prosedur Pengumpulan Data
1.         Mengenalpasti masalah;
2.         Membina latar belakang pengetahuan;
3.         Memberi penerangan kepada guru;
4.         Guru menjawab soalan soal selidik;
5.         Analisis data; dan
6.         Cadangan pembangunan sistem atas talian (e-portal).
1.       Mengenalpasti masalah;
2.       Membina instrumen pengumpulan data;
3.       Pembinaan item-item soalan secara tertutup;
4.       Pengumpulan data menggunakan kaedah soal-selidik;
5.       Analisis data;
6.       Membuat rumusan hasil dapatan kajian.
1.     Mengenalpasti masalah;
2.     Membina instrumen pengumpulan data;
3.     Pembinaan item-item soalan secara tertutup berbentuk skala likert;
4.     Pengumpulan data menggunakan kaedah soal-selidik;
5.     Analisis data;
6.     Membuat rumusan hasil dapatan kajian.
Dapatan Utama
§     Dapatan hasil kajian dipaparkan dalam bentuk jadual.
§     Hasil kajian mendapati kurangnya guru matematik menggunakan ICT di dalam kelas pengajaran atas sebab:
1.       kurangnya masa dalam jadual sekolah untuk projek-projek yang melibatkan ICT;
2.       kurangnya peluang latihan guru untuk projek-projek ICT;
3.       sokongan teknikal yang tidak mencukupi untuk projek-projek ICT;
4.       kurangnya pengetahuan mengenai cara untuk mengintegrasikan ICT untuk meningkatkan kurikulum;
5.       kesukaran dalam mengintegrasikan dan menggunakan pelbagai peralatan ICT  dalam pengajaran; dan
6.       pelajar tidak mempunyai kemudahan ICT di rumah untuk mengakses bahan pendidikan yang diperlukan.
§         Dapatan hasil kajian dipaparkan dalam bentuk jadual.
§         Hasil kajian mendapati:
1.       Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa hanya efektif kepada kemahiran membaca sahaja;
2.       Semua responden pernah mengikuti kursus kemahiran komputer;
3.       Penggunaan komputer dapat menarik minat pelajar untuk belajar;
4.       Masih terdapat guru yang kurang mahir mengendalikan komputer;
5.       Masa yang lama diperlukan untuk membina bahan;
6.       Kerosakan peralatan komputer mengganggu proses pengajaran.
§         Dapatan hasil kajian dipaparkan dalam bentuk jadual.
§         Hasil kajian mendapati:
1.       Secara keseluruhan kemahiran ICT guru pelatih berada pada tahap yang tinggi;
2.       Tidak terdapat perbezaan yang ketara kemahiran ICT antara guru pelatih lelaki dan perempuan;
3.       Tidak terdapat perbezaan yang ketara kemahiran ICT guru pelatih walaupun bidang kursus berbeza; dan
4.       Tidak terdapat perbezaan yang ketara kemahiran ICT guru pelatih berdasarkan keputusan CGPA.
Implikasi Utama
Menyediakan e-portal yang terdiri daripada 2 modul:
1.          Sumber repositori – koleksi alat mengajar matematik, bank soalan dan sumber lain dalam bentuk digital yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran matematik; dan
2.          Perancang pelajaran – alat mesra pengguna yang boleh mengintegrasi sumber-sumber dalam repositori untuk rancangan mengajar guru.
Kebolehan menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer boleh memberi kesan positif terhadap mutu pengajaran guru.
Kemahiran ICT merupakan satu bentuk kemahiran yang memerlukan pengguna sentiasa berubah mengikut perkembangan dan perlu diamalkan setiap masa bagi mencapai tahap kemahiran yang tertinggi.

Kajian Kuantitatif

August 23, 2010

Merupakan suatu pertanyaan terhadap masalah yang telah dikenalpasti yang mana berdasarkan kepada pengujian suatu teori yang digubah oleh pembolehubah, diukur melalui perwakilan nombor, dan dianalisa menggunakan teknik statistikal (Neuman, 2000).

Kepentingan Bidang Pendidikan Komputer

{Akan datang}

Pendidikan Komputer

August 07, 2010

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN KES DAERAH TIMUR LAUT PULAU P
Apakah yang anda faham tentang Pendidikan Komputer?
 
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, pendidikan adalah merupakan perihal atau perbuatan mendidik manakala komputer adalah alat elektronik yang menyimpan, menganalisis dan mengeluarkan maklumat sebagaimana yang dikehendaki atau yang diarahkan. Maka Pendidikan Komputer merupakan satu proses pembelajaran yang melibatkan penggunaan peralatan komputer dan bahan media secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Antara keistimewaan tersebut adalah seperti berikut:

Hubungan interaktif - komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapat menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat.

Pengulangan - komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar (Clements, 1995).

Maklum balas dan peneguhan - media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta. Peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan dapat memotivasikan pelajar.

Sumber maklumat tambahan:
1. http://www.computereducation.co.in/benefits-of-computer-in-education.html
2. http://www.marietta.edu/~littlea/Ed630/03/uses.htm
3. http://www.emcp.com/intro_pc/reading1.html
4. http://www.neweconomyindex.org/metro/part4_page3.html

Guru Sebagai Penyelidik


Menurut Ruhizan dan Maizam (2010), penyelidikan adalah satu proses sistematik yang membabitkan pengumpulan dan penganalisisan maklumat untuk menerangkan dan memahami sesuatu topik, masalah atau isu. Secara amnya sesuatu penyelidikan melibatkan tiga (3) langkah utama iaitu mengemukakan persoalan, mengumpul data untuk menjawab persoalan dan mengemukakan jawapan kepada persoalan.

Sebagai pengamal pendidikan seseorang guru perlu terlibat dalam penyelidikan dengan tujuan untuk menambah baik amalan-amalan sedia ada yang telah dipraktikkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Penyelidikan tersebut di kenali sebagai kajian tindakan.

Menurut Ebbut (1985), kajian tindakan adalah suatu penyelidikan yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut. Manakala Cochran dan Lytle (1990) mentakrifkan kajian tindakan sebagai penyelidikan berasaskan bilik darjah yang merupakan inisiatif guru, dan dilaksanakan oleh guru. Penyelidikan yang dijalankan membolehkan guru meneroka isu-isu yang menarik perhatian mereka. Pendekatan ini juga membolehkan ilmu guru dijadikan sebahagian daripada literatur pendidikan dan seterusnya, secara tidak langsung, menyumbang ke arah pembinaan struktur pendidikan.

Oleh yang demikian kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Merupakan satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Berbentuk kualitatif dengan menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca.

Peranan guru sebagai penyelidik menjadi semakin penting bagi memastikan profesion keguruan berada pada tahap yang tinggi dan berkualiti. Kajian tindakan merupakan satu pendekatan di mana guru dapat membuat proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya dengan melihat kelemahan-kelemahan yang wujud seperti:

  1. mengubah dan menyesuaikan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid untuk belajar; 
  2. dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan;
  3. menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid terhadap pembelajaran;
  4. mewujudkan kolaboratif dan persefahaman di kalangan guru.

Menurut Nunan (1990), kajian tindakan di bilik darjah tidak memerlukan piawaian formal seperti sebuah projek penyelidikan dengan mencari literatur, pengujian hipotesis, keadaan pembaikan dan sebagainya. Sebaliknya, terdiri daripada tujuh langkah asas untuk menyiasat masalah iaitu:

  1. Setelah menentukan bahawa ada potensi masalah, selidik apa yang berlaku (status quo) melalui pemerhatian sama ada melalui video, audio atau apa sahaja yang berkaitan yang tersedia;
  2. Kodkan pemerhatian berdasarkan masalah dan apa yang dilihat (iaitu, kod ini dicipta hanya untuk masalah/ sesi)
  3. Berdasarkan maklumat yang dikodkan, tentukan satu perubahan yang boleh mempengaruhi masalah dengan cara yang positif.
  4. Laksanakan perubahan di dalam kursus/ bilik darjah.
  5. Pantau kursus/ bilik darjah (seperti dalam Langkah 1) sementara melaksanakan perubahan.
  6. Kodkan pemerhatian baru seperti dalam Langkah 2.
  7. Akhirnya, bandingkan sesi kod untuk menentukan keputusan perubahan.

Sebagai guru yang berpengalaman mungkin mereka akan mendapati kaedah pengajaran atau bahan bantu mengajar sedia ada kurang memberi kesan atau berfungsi dengan baik apabila dilaksanakan di dalam kelas. Sebagai contoh didapati bahan bantu mengajar yang sedia adalah terlalu umum kandungannya dan tidak menjurus kepada tahap pengetahuan sekumpulan pelajar. Maka guru tersebut boleh melaksanakan satu kajian berdasarkan pemasalahan yang ditemui bertujuan untuk memperbaiki kelemahan yang wujud.